KOPERASI KEMAS MELAKA BHD. (KOPKEM)
No. 9, Jalan SP1, Taman Semabok Perdana, 75050 Melaka.
Tel : 06-286 6799 / 2866798     Fax : 06-286 6797


Soalan Lazim

1. Siapa yang boleh menjadi ahli koperasi?

Keahlian hanya dibuka kepada kaki tangan jabatan KEMAS sahaja


2. Apakah aktiviti perniagaan yang koperasi sedang usahakan?

Koperasi mempunyai kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu, penyewaan van, kedai Coop 1M (akan dibuka) dan pinjaman kredit pengguna.


3. Adakah pinjaman kredit pengguna hanya kepada kakitangan KEMAS sahaja?

Koperasi menawarkan pinjaman kredit pengunna kepada semua kakitangan kerajaan, badan berkanun & swasta.


4. Dimanakah pejabat koperasi selain di Melaka?

Koperasi hanya beroperasi di Melaka sahaja.


5.Adakah untuk menjadi ahli dikenakan bayaran?

Sesiapa yang ingin menjadi ahli dikenakan bayaran RM20 sebagai wang daftar masuk dan yuran bulanan RM30 yang ditolak dari gaji melalui SPA.


6. Bagaimana ahli ingin berhenti menjadi ahli koperasi?

Ahli yang telah tamat perkhidmatan secara automatik berhenti menjadi ahli.

Ahli-ahli yang belum tamat perkhidmatan boleh memohon dengan kelulusan lembaga pengarah.


7. Siapa yang boleh menjadi Lembaga Pengarah?

Ahli yang dipilih oleh ahli-ahli lain dalam Mesyuarat Agong Tahunan.


8. Berapa lama lembaga Pengarah boleh memegang jawatan?

Setiap lembaga hanya memegang jawatan selama 3 tahun. Walaupun begitu mereka boleh dipilih semula.


9. Apa keistemewaan menjadi ahli?

Ahli-ahli akan memdapat dividen, kadar sewaan van yang rendah dan kelulusan pinjaman yang cepat.


10.Dengan agensi mana koperasi ini didaftarkan?

Koperasi didaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.